Bendera Malaysia


JALUR GEMILANG





Warna kuning pada anak bulan dan bintang melambangkan warna bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.
Bintang pecah 14  melambangkan perpaduan erat 13 buah negeri dan wilayah persekutuan
Anak bulan melambangkan simbol agama rasmi Malaysia iaitu Agama Islam
Warna biru tua melambangkan perpaduan rakyat malaysia.

"Bendera Malaysia juga dikenali dengan nama Jalur Gemilang. Bendera Malaysia melambangkan penyatuan negeri-negeri di dalam Persekutuan serta perpaduan rakyat dan kerajaan. Bendera Malaysia dan bendera-bendera negeri hanya boleh dikibarkan pada upacara-upacara rasmi seperti keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong, Ulang Tahun Hari Kemerdekaan, perayaan-perayaan Persekutuan dan negeri-negeri, lawatan-lawatan rasmi, di kedutaan-kedutaan Malaysia luar negeri serta upacara-upacara rasmi negara (seperti majlis Tilawah dan Sukan Negara).Bendera Malaysia (Jalur Gemilang) juga berkibar bersama-sama dengan bendera negara-negara lain di hadapan bangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York".